13 February 2011

Bersikaplah Sewajarnya!

Menyebarkan desas desus yang dapat menggelisahkan orang lain sangat dilarang oleh syariat dan termasuk tindakan murahan. Dan itu, hanya akan dilakukan oleh orang yang miskin nilai nilai moral dan jauh dari ajaran ketuhanan.

Dudukanlah hati anda pada kerusinya, nescaya kebanyakkan perkara yang dikhuatirkannya tidak akan pernah terjadi. Dan sebelum sesuatu perkara yang anda cemaskan itu bena-benar terjadi, perkirakan saja apa yang paling buruk darinya dan kemudian persiapkan diri anda untuk menghadapinya dengan hati yang tenang. Dengan begitu anda dapat menghindari semua bayang-bayangan yang menakutkan yang sering kali sudah mencabik cabik di hati sebelum benar terjadi.

Wahai orang yang berakal dan sedar, tempatkanlah segala sesuatu itu sesuai dengan ukurannya. Jangan membesar besarkan peristiwa dan masalah yang ada; bersikaplah secara adil, seimbang dan jangan berlebihan ! Jangan pula tenggelam dalam bayang bayang dan fatamorgana yang menipu !

Hadis Rasulullah SAW :
Cintailah kekasihmu sekadarnya sahaja, kerana boleh jadi dia akan menjadi orang yang kau benci suatu hari nanti. Dan bencilah orang yang kau benci sekadarnya sahaja, kerana boleh jadi dia akan menjadi kekasihmu suatu ketika nanti.

Firman Allah SWT :
Mudah mudahan Allah menimbulkan kasih sayang antaramu dengan orang yang kamu musuhi di antara mereka. Dan Allah Maha Kuasa lagi Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Al-Mumtahanah : 7)

La Tahzan
Bab 30 : Bersikaplah Sewajarnya.