Pergh bersawang belog aku. Tuan belog mengalami kesibukan tahap maksimum habaq hampa.
Perasaan seronok. Teruja. Semangat. Risau. Kecewa. Takut.
Ini yang aku rasa sepanjang di sini. Di Universiti Utara Malaysia.
First day kat sini memang dah diduga dengan dugaan. Okay fine. Aku room alone. Tak ada roommate. Tak ada roommate. Dan tak ada roommate. Cool kann?? Makan sorang. Minum sorang. Tidur sorang. Kemas bilik sorang. Mandi punnn sorang. Ehhh. Mandi memang sorang what? Grrrr.
Pergi kelas dah tak macam kat poli dulu, jalan kaki. Jalan lambat lambat macam kurang zat pun tak da masalah. Tapi kat sini, jangan harap la kau nak jalan macam tu. Nak nak bila jalan sorang2, memang laju la. Kihkihkih.
Oh ya, dari DPP nak ke kampus kena naik bas. DPP means Dewan Penginapan Pelajar(asrama pelajar) Ehem ehem. Hari hari naik bas biru UUM. Maka aku dah pon experience berebut bas sampai pening kepala otak. Bessttt. Lalala.
Haa, study kat sini menuntut sifat berdikari yang amat tinggi. Ter amat paling sangat!
Even satu course, tapi tak semestinya satu kelas. So, pandai2 la adapt dengan kawan dan group baru. “Hello hai, saya Bahi. Budak INTAFF. Awak?” <
Kafe plak besar gedabak. Harga makanan murah murah murahh. Mana mau dapat maa. Hehe.
Tapi tapi lebih prefer makan kat Mall DPP la sebab kat Mall tu lagi banyak pilihan dan lagi banyak barang. Macam R&R. kihkihkih. Kawan seperjuangan ramai and semua helpful sangat. Syukran syukrannn.
Kuliah majoriti dalam Bahasa Inggeris. Memang kena dengan programme aku. International Affairs Management. Mula mula macam susah nak adapt, lambat catch up. Bayangkan lecturer lecture in English direct. Tapi nasib baik belajar shorthand & trengkas dulu. Apa lagi, guris jangan tak guris laaaahh. Syukran syukrannn tahu skill yang dua tu. (Terima kasih Puan Sal dan Cik Linda)
Banyak beza life kat poli dengan life kat sini. Sumpah banyak. Senang cakap, kat poli hati senang sebab selalu dengan geng. Assignment senang lagi. Kat sini essay wajib 2000 patah perkataan lebih. Tulis la. Karang lah. Merapu lah selagi boleh merapu. Presentation bukan depan 38 orang lagi macam kat poli, tapi dalam 60 orang lebih! Ada kelas sampai 100 orang student. Memey gagap la aku nanti. Adeh. Tak pa. Ini la cabaran. Mana boleh malu malu kucing lagi kalau nak berjaya. Semua nak sharp. Semua nak cepat. Semua nak siap. Bak kata Ketua Program aku, “Hey, come on la. You all kat sini kena set dalam your mind. Esok nak kiamat. Esok nak kiamat. Everything must be fast and fast. Kena cepat. Kalau tidak nanti ketinggalan. ” @____________@
Kat sini ada orang jual movie/drama kot. 1+++ jumlah semuanya. Pilih la nak movie apa drama apa. Then call, dia deliver kat bilik. Bayar2, done. Kau layan la movie sampai lebam. Ahhh. Ni la satu satunya entertainment aku kat sini. Kat bilik ni.
DPP aku area Bukit Kachi. Perghh, dulu dengar Yana sembang kencang. “Kachi, kachi”. Sekarang ambek. Sekampung terus. Hahaha. Kachi best. Diulangi, besttt. Nyaman. Sejukk sampai ke tulang rusuk kiri. Eh btw, terima kasih Yana sudi terima saya tidur kat bilik awak semalam. Kirim salam kat Ainza, Nad, Bella, Husna dan tak lupa, Bulaci. Awww. Nanti sudi sudi la tidur kat 15G424 pulak? J
Okay dah. Banyak kerja lagi ni. Datang cc ni pun sebab nak apply PTPTN. Grrrrrr. CC? jyeah. Wifi tak dapat kat bilik aku. Dah la duk sorang. Takdapat internet lagi. Memang katak laa kan. T___T
special thanks to TM for this
And Yana for this ;)
kena kuat dan senyuuummmm.. :)
5 comments:
Congrats bahi.. blajaq rjin2 nohh
awak boleh! saya suka saya suka
belajar rajin2 eak..
awak boleh! saya suka saya suka
belajar rajin2 eak..
awak boleh! saya suka saya suka
belajar rajin2 eak..
anon : terima kasih.
mieza : insya Allah. doakan..take care :)
Post a Comment