31 January 2016

Pengalaman Menjadi Tetamu Allah SWT dan Penziarah Rasulullah SAW

Assalamualaikum WBT.

Harini 29 Januari 2016. Genaplah dua minggu aku dan keluarga sampai ke Malaysia lepas kami selesai mengerjakan umrah. Alhamdulillah Allah telah hadiahkan sesuatu pengalaman yang terlalu indah kepada kami pada 3 Januari 2016 hingga 15 Januari 2016 lalu.

Sebab nanti aku akan dan selalu rindukan Mekah dan Madinah, jadi aku buat keputusan untuk simpan semua kenanganku di sana di dalam blog ini.

Bismillahirrahmanirrahim.

Pada 2 Januari yang lalu, kami sekeluarga berlepas dari Airport AOR ke KLIA. Flight dari KLIA ke Jeddah dijangka berlepas pada jam 10.00 pagi keesokkan harinya. Perasaan masa tiba di KLIA tu satu macam. Macam tak percaya pun ada in a few hours we will arrive at Kota Mekah Al-Mukkaramah. Pagi tu kami diberi sedikit taklimat oleh petugas dan penyelia rombongan. Oh, kami memilih Andalusia Travels and Tours sebagai ejen yang membawa kami menunaikan umrah ni.

Kad pengenalan diri. My nyawa di sana. hihi.
Flight yang dijadualkan berlepas pada 10.00 am delay to 10.45 am jugak la sebab jemaah yang ramai nak diuruskan. Ada 520 orang jemaah kata penyelia tadi. Masha Allah. KUL-JED ambil masa 8 jam sister brotherrr. Semua jemaah dalam satu tujuan. Untuk beribadat. Untuk menjadi tetamu Allah dan menziarahi Rasulullah SAW. Lebih kurang 1 jam sebelum tiba ke Jeddah, kami bermiqat terlebih dahulu.Masa ni lah kena niat tunaikan umrah dengan mula mematuhi semua larangan semasa dalam ihram. Masa ni jugak aku semakin tak keruan. Rasa di awang awangan tak percaya dah nak sampai. 

Lebih kurang pukul 2.00 pm kami tiba di Airport Jeddah. Dapat hirup udara di situ pun dah rasa tenang sangat. Lupa terus segala masalah. Lepas settle imigresen n ambil bagasi semua, kami naik bas pula untuk menuju ke Tanah Haram Mekah Al-Mukkaramah. Dah nak lewat petang dah masa ni sebab kami stuck lama gak la kat airport tadi. Time ni la Mutawif group kami iaitu Ustaz Anwar Rangkuti masuk ke dalam bas dan perkenalkan diri. Ustaz berasal dari Indonesia, belajar dan kerja di Makah/Madinah Im not sure. 
Perjalanan ke hotel agak mendebarkan sebab yela aku berada di satu tempat yang paling lama aku idamkan dalam hidup ni. Seronok plus excited plus nervous. 1 jam perjalanan tibalah kami ke Haneem Al-Firdaus Hotel, tempat kami bakal menginap selama 7 hari 6 malam. Hotel yang cuma 150m jalan kaki ke Masjidil Haram. Lepas selesai makan malam di dewan makan (MZ) / (SR) , kami bersiap-siap untuk ke Masjidil Haram untuk umrah pertama dibimbing oleh Ustaz Anwar tadi. Masa jalan kaki ke Masjid masa tu dalam hati ni sangat tak sabar nak buat umrah. Tapi cuba tenang. Masa tu baru lepas isyak. Orang still ramai dalam masjid. Dan paling seronok dan tenang ialah bau masjid yang sungguh wangi. Wangi yang menenangkan... Semakin hampir kami berjalan ke ruang tawaf, semakin aku berdebar. Berdebar nak tengok Kaabah masha Allah. Masa tu nampak dah Kaabah kat depan. Perhhhhhhh rasa dia. Syukur tak henti2. Berhenti sekejap sebelum mulakan umrah dengan tawaf. Masa ni mata tak lepas pandang Kaabah yang cuma kira-kira 15 meter depan mata. Menangis sekuat-kuatnya. 

Abang, Afiq, Jihah, Mak dan Abah. 

Selesai 7 kali pusingan, maka selesai tawaf kami. Lepas solat semua, kami dibawa ke tempat untuk saie'. Masa ni dah mula rasa mengah sebab agak panjang jarak Safa ke Marwah. Tapi kuatkan hati dan diri. Buang cecepat rasa penat tu, jalan kaki jugak. Sampai tahalul semua. Maka lengkap umrah pertama kami, insyaAllah. Aktiviti bebas lepas tu. 




 Safa ke Marwah.


Naik ke floor 1. Jatuh cinta. Tenang setenangnya. 

Jalan-jalan di luar masjid. 


Afiq yang memang kami kenal sebagai seorang yang penyayang kepada kucing. 

Hari kedua iaitu 4 Januari 2016 kami diberi peluang untuk rehat dan aktiviti bebas. Sebab semalam dari Malaysia sampai Jeddah terus buat umrah kan, so dapat la rehat sekejap hari tu. Salah satu hikmah umrah pertama dibuat dengan kadar segera ketika sampai Tanah Haram ialah untuk memudahkan orang perempuan. :) Yela orang perempuan ni period datang tak assalamualaikum jugak. Selagi tak berhadas besar, memang dicepatkan untuk dilaksanakan umrah. At least seorang perempuan tu sempat utk menunaikan umrah in case esok tu dia dah 'lampu merah'. Faham tak? hehe. 


Subuh di hari kedua.





Lepas Zuhur.

Lepas Asar, sebelum balik ke hotel, sengaja cuba cuba street food yang ada di luar masjid. And we found this super delicious ice cream. 



They say New York never sleep. They haven't seen Makkah yet!

Hari ketiga pula dengan hikmah untuk berniat ihram di Jaa'ronah, pagi2 kami dibawa ke lawatan luar. Jadinya semua 8-8 bas pun gerak ke destinasi yang sama dimulai dengan pergi ke Jabal Thur di mana terletaknya Gua Thur. Ustaz pun mulalah bercerita depada semua jemaah dalam bas kami sejarah Jabal Thur. Pada 13 Hijrah, Rasulullah SAW dan Saidina Abu Bakar mahu berhijrah ke Madinah. Dalam masa sama, orang kufur Quraisy ini telah merancang untuk membunuh Rasulullah SAW dan menghalang sebaran agama Islam yang dilakukan oleh Rasulullah.  Mereka rancang untuk bakar rumah Rasulullah subhanaAllah. Saat itulah baginda Rasullah diberitahu tentang niat jahat orang kufur. Ketika baginda mahu keluar dari rumah, Malaikat Jibril memberitahu Baginda yang rumahnya telah dikepung. Dengan kuasa Allah orang-orang kufur itu tertidur dan Baginda boleh keluar dari rumahnya dengan selamat. Saat mereka terjaga Rasulullah telah tiada di rumah itu. Mereka jejaki Baginda ke tempat persembunyian Baginda iaitu Jabal Thur. Rasulullah dan Saidina Abu Bakar bersembunyi di dalam gua itu selama tiga hari sebelum teruskan perjalanan ke Madinah. Begitulah serba sikit kisah di Jabal Thur yang diceritakan Ustaz.

Itulah Bukit Thur atau Jabal Thur. Ya bukit yang tandus cuma berbatu sahaja dan terletak 5km dari Kota Mekah.

Bas 7 untuk Group 7 di bawah mutawif Ustaz Anwar Rangkuti.


Selain ke Jabal Thur, kami juga dibawa ke satu tempat yang dipanggil Jabal Rahmah atau dikenali sebagai bukit yang banyak rahmat. Di sinilah Nabi Adam ditemukan dengan Siti Hawa selepas 40 tahun terpisah. Jabal Arafah ini terletak di tengah-tengah Arafah. Kat sini berdoalah seikhlas hati untuk peroleh dan sampaikan kasih sayang sesama manusia. Doakan jodoh kita juga. he he he. Mak dengan Jihah tak nak naik atas. Aku dengan kasut yang sedikit licin, gagah juga nak naik. Nasib baik ada Mak Teh (makcik yang satu kumpulan kami) yang beriya ajak naik. 



Perjalanan diteruskan ke Muzdalifah.

Mina. Jarak antara Muzdalifah dan Mina lebih kurang 2 km ja. As you can see bangunan 4 tingkat tu, situ lah tempat jemaah haji melontar. Dan khemah putih tu sangat sangat banyak sekitar kawasan Mina ni. Bayangkan masa musim haji. Semua jemaah seluruh dunia berkumpul di sini. Ya Allah. Indah. 

Seterusnya kami sampai di Masjid Ja'ronah yang terletak kira-kira 16km dari Kota Mekah. Lepas solat tahiyatul masjid, solat hajat, solat taubat, solat niat ihram, kat sini juga semua jemaah bermiqat dan berniat umrah (umrah kedua). 
Sumber gambar : Google. Tak sempat snap gambar kat sini. 

Kami pun bergerak pulang ke Tanah Haram, Mekah untuk langsung menunaikan umrah kedua. Okay..masa nak masuk sempadan Tanah Haram (Di mana hanya orang Muslim sahaja dibenarkan masuk ke Tanah Haram), Ustaz telah ceritakan satu kisah kepada kami. Pada suatu masa dahulu, ada sebuah van yang dinaiki oleh sekumpulan pemuda yang menyamar sebagai Muslim. Mereka berjaya memperdaya polis di sempadan itu dan masuk ke Tanah Haram. Selang beberapa minit, van tersebut kemalangan. Takde sorang pun terselamat! Bukti bahawa Allah sentiasa rahmati Tanah Haram dan Tanah Haram ini sentiasa dijaga oleh Malaikat di setiap penjurunya. :)

Kali kedua umrah ini, abah decide untuk kami sekeluarga buat sendiri-sendiri umrah. Maksudnya tak ikut mutawif dan ahli kumpulan yang lain. Best jugak masa ni sebab nikmatnyaaa dapat bergantung antara satu sama lain ja masa tawaf, masa saie. Selesai tahalul semua, ada satu kejadian terjadi pada aku yang seronok untuk diceritakan kepada kalian. Masa tu aku tunggu mak, jihah, abah, abang dan apik kat depan pintu gate Al-Mud'ah iaitu gate 23. Semua mereka pergi ke tandas. Jadi, sorang-sorang masa ni. Tetiba datang seorang polis masjid ni hulurkan tupperware berisi kurma madu. Aku dah macam "For me?" Dia pun jawab "Yes hajjah. For you, alaaahh hadiah. Hadiah" Aku terus senyum sambil cakap dalam hati eh pandainya cakap Melayu! Ingat orang2 Arab ni cuma tahu basic Malay aje. hi hi hi. Aku pun terima dan berterima kasih pada beliau. Family aku tak muncul2 lagi, da nak masuk maghrib dah masa tu. Gelisah gak la. Tak penah lagi solat sorang2 kat masjid tu. Kemudian polis yang sama tadi perasan kot aku dok jalan ke depan ke belakang ke tepi sambil tengok jam. Dia datang bagi kerusi pulakk. Please hajjah, have a seat. Duduk duduk. Katanya. Lagi laa aku overwhelmed kat situ. Baiknyaa orang2 kat sana. Takda ambil kesempatan langsung malah prihatin lagi. 
Kat depan gate ni lah kejadian tu terjadi. Polis tu takde lah dalam gambar dia busy control crowd dah masa ni. 

Masa Maghrib tu kami sempat solat di depan pintu gate tu sikit aje. Untuk Isya', kami bergerak lebih dekat dengan Kaabah. Memang dah niat nak solat berhadapan Kaabah dan alhamdulillah Allah bawa kami ke situ juga. Cumanya, wanita cuma boleh solat di kawasan belakang sikit la, di kawasan Tawaf tu penuh dengan kaum lelaki. 

I tell you now, sampai sekarang aku tak boleh lupa kemerduan suara imam yang mengimamkan solat kami. Memang sedap, sayu. Bergema satu masjid dengan speaker kuat. Boleh tak bayangkan kita dalam satu pekan yang ada satu masjid. Setiap kali solat, bacaan solatnya didengar di satu kawasan pekan tersebut. Jelas! Kau rasa tenang sangat. Macam ada di satu dunia lain. Yang ada kau dengan Tuhan kau sahaja. 

Ini ruang solat wanita dalam masjid. Dingin. Wangi. Wangi yang datang dari Kaabah di Mataf Piazza (ruang tawaf). 

Hari seterusnya kami dibawa ke masjid Tanaim (dikenali sebagai masjid Siti Aisyah kerana Siti Aisyah pernah meminta kepada Rasulullah untuk bermiqat umrah di sini dan diizinkan oleh Baginda SAW. Di sini kami berniat ihram untuk menunaikan umrah yang ketiga.

Masjid Siti Aisyah (Sumber Google)

Satu kejadian yang dikira ujian hebat jugak la bagi aku di mana on the way nak ke masjid ni, hp aku yang aku letak atas peha masa dalam bas tetiba terjatuh ke bawah kerusi bas dan...ada lubang kat bawah kerusi tu yang membawa ke tempat simpan beg dalam perut bas. Huhhh. Hp tu jatuh ke bawah tu. Masa tu kami tengah baca doa yg diketuai oleh Ustaz. Biasanya naik bas sebelum nak gerak ke mana2 mmg Ustaz akan baca doa. Masa baca doa tu la hp aku terjatuh. Aku hanya mampu tengok tak sempat tangkap. Sekelip mata hp hilang. Sabar ja dulu tunggu sampai habis baca doa. Lepas settle doa semua. Terus aku tunduk cari2 hp. Tak ada. Sampailah aku nampak lubang yang kira2 25cm panjang tu. Nak nangis pun ada sebab terus fikir, ya Allah hp aku dah jatuh ke luar bas ke apa ni. Banyak isi hp tu, gambar, info pasal kerja dll. Tapi cepat2 didik hati untuk sabar dan reda. Allah nak aku sedar satu benda, jangan ikutkan hati masa beribadat. Sebab pagi sebelum gerak ke masjid tu ada aku cakap sesuatu dalam hati. Kengkonon merajuk. So ni lah kot balasan aku. Tuhan bayar cash. 

Lepas tu, sampai depan masjid Tanaim tu, abah bagitahu ustaz yang hp aku terjatuh dalam lubang bawah kerusi bas. And kami bukak pintu tempat letak barang bawah bas tu. Kosong. Luas ja tempat letak barang tu. Tapi takda. Tak jumpa! Sorang pakcik tu kata "Takpelah dik. Ni namanya takde rezeki adik. Reda lah ye. Ada kot adik terbuat salah kat mana2. Sabar ye" Lagi sedih masa ni, Terus terdiam dan muhasabah diri. Mintak Allah ampunkan dosa2 dan ada keajaiban untuk jumpa hp. Terus masuk dalam masjid tu dan solat macam biasa. Tapi untuk solat hajat tu, doa jugak la supaya ditemukan hp. Memang..hp boleh beli baru, gambar tu boleh aku reda kalau hilang.Tapi aku fikir yang Allah balas cash dengan rungutan aku pagi tadi tu. Terus bersalah, sedih sangat sangat taktau nak cakap macam mana. 

Masa balik ke bas tu, alangkah terkejutnya aku bila ustaz bagitahu abah yang dia ada jumpa hp aku dalam tempat letak beg tadi tu. Pelik! Kami cari dekat 5 orang jugak la *kecuali ustaz masa tu*, tak jumpa. Allah hijabkan pandangan kami. Ustaz cari dia pulak jumpa. Dia bagitahu, lepas kami semua gerak ke masjid untuk solat, dia cari lagi sekali dan jumpa. Dia simpankan sekejap sebelum pulangkan. Ustaz..terima kasih. 

Cukup dulu kisah untuk post kali ni. Nanti sambung ya. Pengalaman untuk umrah ketiga, tawaf wida' dan pengalaman nak meninggalkan Mekah dan menuju ke satu lagi destinasi indah, Madinah Al-Munawarah. :)

Assalamualaikum.

No comments: