30 September 2011

Buka mata

Dinginnya berbeza dari hari hari lain
Menyusur masuk mencengkam tubuh
Siulan sang burung mencabul hening
Itulah nyanyian
Itulah ketenangan

Kemudian
Kabus itu meliputi segenap inci ruang
Maka terbataslah pemandangan
Pemandangan yang terdampar indah bagai satu lukisan
Mencuri sanubari ini
Aku amat lemah untuk menafikan
Bahawa,

Insan ini telah jatuh cinta.



27september2011
07:10 am
15G424
Bukit Kachi, Kedah

2 comments:

FazzYnameD said...

amboi. jatuh cinta ngn spa lak dah? ngn orang UUM? ekhem

Nur. said...

haaaadoiiii. takdanya ngan orang. jatuh cinta ngan bukit kachi la faz. sejuk, tenang. kena ngan jiwa eden :)