Di kelilingi oleh mereka yang dihantar untuk mendampingi diriku
Kisah 1
Aku berjalan bersama sahabat mahu mengalas perut. Kemudian ternampak kelibat Su. Masing masing membalas senyuman. Tidak lama lepas tu dia bangun dan peluk aku sambil bisik "Lamanya tak sembang2 dengan ang" kemudian berlalu begitu saja. Aku terpinga pinga. Maksudnya? Oh first time orang buat macam tu kat aku. Sebak.
Kisah 2
Dalam bas. Hari pertama.
"Owh umur 20 ehh. Su 21. Ermm kite nak panggil bahasa diri ape eh? *gelak2
Kalau aku hang macam kasar je lahh. aku kau lagi kasar. Kite cakap 'orang' la ehh?"
# Orang pon orang la.
Kisah 3
5 minit aku tunggu si Enie kat bawah blok. Nak naik bas pergi stadium. Hati dah tak senang duduk. "Lamanya dia bersiap. Mesti segak niii. Aku main rembat ja baju ni"
Tiba-tiba Enie hantar mesej "Kera banyak. Takot la nak turunnn"
Aku - .............
Kisah 4
Dalam kelas ICT & Society. Ada student foreign bernama Sardobeck dari Rusia. Boleh tahan kacak. Muka ala ala Leonardo De Caprio versi lagi comel.
Lecturer tanya "Sardo, can you speak in Bahasa?" Sardo??"
Dan jawapan yang meluncur keluar ialah "No. Saya tak boleh cakap Bahasa"
Bergema dewan kuliah petang tu dengan ketawa hampir 50 orang pelajar. Hahaha. How cute he is!
Kisah 5
Lecturer tanya seorang lagi foreign student dari Somalia. Khalid namanya. Atau dalam kelas aku dan kawan kawan gelar dia Khalid Jamlus. Ehem2. English dia memang super duper awesome laa. Kadang kadang aku blur. Oh man -.-
Pada suatu petang di dalam kelas, Khalid kongsi pengalaman dia outing ke Changlun.
"Last day, I went to Changlun. Saya beli nasi goreng dagim (daging) sebungkuih!"
Spot the word SEBUNGKUIH. Bukan SEBUNGKUS. hahaha. Bangga na jadi orang utara. kihkihkih.
Kisah 6
Dalam kelas Sains Politik. Mia duduk di sebelah kiri aku. Tengah lecturer berhambur air liur kat depan, tiba tiba Mia tongkat dagu , mata memandang seseorang dan berkata "Bahi...lawanya perempuan tu"
Aku dah merah merah muka. wakakakaka. tipuu.
Mia kata dekat awek foreigner ni. Rambut agak blonde. Mata sangat cantik. Haizz.
Kisah 7
Sahabat bernama Nor(bukan nama sebenar) tengah tunggu aku kat bus stand. Aku masih dalam perjalanan dari Bukit Kachi ke kampus. Mesej tak henti masuk "Bahi kat mane?". Selang 2 minit "Kat mane dah bas". Selang seminit "Bahi kamu kat mane dah?"
Aigooooo. Peningg.
Kisah 8
Tengah aku tunggu bas sorang sorang pada suatu pagi. Tiba tiba ada seseorang datang hampir. Sikit. Sikit lagi. "Hai tunggu bas? Kelas pukul berapa?" Ehh budak ni. Sibuk nak tahu. Okay fine. Suatu petang, sedang aku rancak bersembang dengan Dudu, tak sedar yang ada tangga kat depan. Nahh, maka aku tersadung kat situ. Nasib baik tak tercium lantai ! Tapi berlagak cool. Ehem ehem!
Tiba tiba ada orang tegur dari belakang
"Aduhh. Sakit tak kaki??"
Aku dah macam nak lari menyorok bawah mejaaaa. Malu kuasa sepuluh. Dan budak yang perli tu adalah budak yang sama tegur aku tunggu bas hari tu.
Kisah 9
Dudu mesej aku "Salam Bahi..ang ada nampak kad matrik aku tak? Hilanggg. huaaa"
Keesokkan harinya, jumpa Dudu kat dalam bas. "Wey tengok. Aku dah jumpa kad matrik aku. Hilang kat library semalam!" Kemudian Dudu pun angkat kad matrik beliau dan tunjuk ke arah cermin bas. "Lihatlah duniaa. Lihatlah duniaaaaa. Lihatlahhh kad matrikkuu" Hahahah. Dudu dudu.
Kisah 10
Hari kedua di situ, sengaja aku tawaf kawasan asrama aku. Sampai di tingkat 2. Ternampak mesin basuh. Berjalan menghampirinya sambil baca arahan pada board atas mesin basuh tu. Senang sikit nanti nak guna pakaiii.
Kemudian ada seorang hamba Allah ni tercungap cungap jalan sambil peluk bakul yang penuh dengan baju. "Nak guna mesin eh" Aku cepat cepat berundur sedikit ke belakang "Ehh taklah. Gunalah. Saja tengok tengok ni ha. Tak pernah guna lagi"
Kemudian dia letak bakul baju tadi. Dan tanya lagi "Laa yeke? ingatkan nak gune tadi. Kalau nak gune, gune jela dulu. K? Gune je dulu" sambil bukak mesin basuh tu dan masukkan baju baju dia.
APAKAH YANG DIA CUBA SAMPAIKAN?
Mulut cakap lain, tangan buat lain?Aku senyum ja dan balik ke bilik. "Betul ke tak dia tu? Suruh aku guna mesin dulu, tapi tangan dok bubuh baju dalam mesin???" bermonolog dalaman.
Apa yang ingin aku sampaikan :-
Sedar atau tidak, kat dunia ni..macam macam orang pon ada.
Jangan mengeluh. Jangan putus asa.

Kerana ini sebahagian dari kehidupan yang telah tercipta khas untukmu.
12 comments:
huhuhuhu...lawak kot baca..hehe
hahaha. lawakkk. setuju!! mcm mcm org ade . peaceeee ✌
hehe. macam2 perangai. sabo je la.
btw, all the best, k!
kisah no 8 n 9 paling awesome. macam2 org noh dekat uum... syiok2
aku ska crita no 8 tuhh.. =D
xlma lg la tuuu... hahaha..
secret admire.. :p
:) i mis you and yana oredi.. ouh cpt laa cutii.. nk p tgk kachi yana n bahi..
amani : hehe. time taip ni pon dah tergelak gelak taw..hee
teeha : manusia sama hitam, perangainya lain lainnn. pelakon terhebat. hihi *tolong ajar buat peace!
tqa syg : sabo je la. hehe. layan orang orang ni dapat kurangkan stress la jugak. syukran. hehe. thank you taw taw!
afiq : amboii. sengal eh budak ni. jangan nak suka sgt la. takda pape pon. aku setia do :)
itulah lumrah manusia...
betul tu iwan. setuju. ini kan sebahagian dari kehidupann :)
no 10 paling tak boleh blah. hehe.
semoga baik-baik saja di sana ye kak bahi :)
kann :)
insya Allah.
Nia pun , jaga diri :)
Post a Comment