26 January 2013

Bonding Time #2

Hari Ketiga

Hari ni abah Ilah bawak kami semua dengan beg yang agak banyak pergi ke Kota Bharu, jumpa Mira. Mira baru sampai kampung dia awal pagi tu since dia baru habis last paper pada hari sebelumnya. Kesian Mira, mesti penat. Tapi dia pun semangat jugak nak berbaksis ni. Layannnn. Tanah Merah dengan Kota Bharu adalah dalam 40 minit perjalanan. Depends kepada kelajuan pemandu :)

Kami sampai rumah Mira dan berkenal-kenalan dengan famili dia dulu kejap. Ma Mira pun sangat baik dan pemalu. Tak banyak cakap sangat tapi sangat penyayang. Sampai ja kami kat teratak depa, ma dah siap sediakan koteow goreng. Rezeki lagi. Tadi kat rumah Ilah dah makan nasi dan macam-macam lagi. What a morning lah kannn pagi tu~~

Lepas Mira siap siap packing pakaian, kami pun bertolak ke bandar KB jap. Ambik sorang lagi member yang duk kat PCB. Nama dia Nik. Dia pun join ke Tok Bali. Jauh jugak Tok Bali dengan KB. Sejam jugak la. Itu pun Mira drive laju gilaaaa. Macam nak terbang kereta. Herot habeh tudung-tudung. Hahahahaha.Sampai di Tok Bali kami singgah di Chering Kuku KOT tempat dia. Lupa lupa, my bad :(
Kat sini ada famili angkat Ilah, Sha, Mira dan Nik masa depa join baksis Kelantan dulu. Pergi rumah famili angkat Mira dengan Nik, mak angkat tu ajak lunch sama-sama. Rezeki lagi, alhamdulillah. Dia dengan anak lelaki dia layan kami baik sangat. Dua orang ja kat rumah tu. Masak lah kami bersama-sama. Budak dua orang tu kecek kuat ja dengan mak angkat depa. Lama tak jumpa, faham :)

Lepas tu, pi rumah mak angkat Ilah dengan Sha kat kampung yang sama jugak. Ya ini Ya Allah, mak angkat depa sangat laaa friendly. Tak sempat nak potong cakap, dia cakap lagi. Dia seronok kami semua pergi melawat dia. Sembang macam mak sendiri... Masa nak balik tu, masa Ilah dengan Sha peluk dia, yeahh aku nampak air mata dia bergenang. Sebak. Dia ajak banyak kali suruh kami bermalam kat rumah dia. Rumah yang luas dan cantik. Tapi, kami terpaksa tolak cara baik. Tak adil sebab mak angkat Mira dengan Nik pun ajak bermalam sana jugak. Wahhh takkan nak tidur dua malam kat sana. Kenot kenot. Lari tentatif :)

So, we decided to find the chalet. Last-last jumpa chalet D'Muara Chalet. Okay lah memuatkan kami yang 6 orang ni. Check in dan rehat rehat jap. Lepas tu keluar beli barang-barang nak buat BBQ untuk malam nanti.

Upss. Tak beli ikan bilis mahupun ikan kering. Masa ni kami beli tomato. Hiihiha...
Btw, yang tengah si kecik molek tu lah Nik.. Yang kanan sekali tu pulak Mira :)

Lepas setel beli barang-barang semua, kami balik ke area chalet. Sebelum masuk bilik, lagi afdal pergi lepak kat tepi laut, makan jajan dulu. This moment!




That evening, we spent our time here, chit chat, eating and share the sadness and happiness :) That's what friends are.

Sebelum matahari gelincir, kami cepat cepat balik bilik. Ready untuk makan malam special dan BBQ. Paling tak boleh lupa, time maghrib tu, semua pakat gilakan cerita SHN tu, sampai sanggup mandi lambat semata-mata nak tengok tv. Mandi, tengok tv, solat maghrib, iron tudung. Semuanya buat dalam masa yang sama!! Hahahahaha! 

Dah siap semua, pukul 8.30 macam tu kami gerak untuk dinner. Mira bawak kami ke Restoran Mi Ketam. Yeayy first time nak try nih. Excited lagi. Amboi bab makan excited sokmo ye kamu Bahiyah. Disebabkan aku kureng menggemari mi plus sup, so aku order koteow ketam. Bagaimanakah koteow ketam itu? Jap jap...

Tu maggie ketam Nik ja baru sampai...  Menunggu lagi..


Ini laaa. Okay masa aku taip ni, still dapat rasa lagi sedap sup dia. Masam masam sikit, tambah dengan manis ketam, carrot, tomato. Ya Allah nak lagiii :( Sedap yang amat.

Sha kalau bab candid orang serah kat dia. Nampak tak betapa aku sangat lapar dan sangat pulun makan  ketam. hihihi. 


*Semangkuk berharga RM 12. Sekian.*

Lepas masing-masing dah slrppp koteow, mi dan maggie ketam, masa untuk ber-BBQ pulak. Padahal tadi dah makan banyak kemain. Nampak tak permainan kami di situ? Hahaha. Well.. Kena ikut tentatif program!  

Untuk BBQ ni kami agak bimbang jika cuma kami berenam saja yang ada di pantai. Suasana kat Tok Bali tu pun takda lah meriah macam Kuala Perlis waktu malam. Kat situ sunyi ja, ada resort, chalet, rumah orang. Macam tu ja. Mira call Iwan (adik beradik angkat dia yang petang tadi tu untuk 'protect' kami sepanjang BBQ). Iwan mai sorang ja, bagus bagus. Nasib baik di a sanggup jadi peneman kami. Serius takut jugak nak buat BBQ malam tu. Orang kata, malam-malam kat pantai bahaya. Nak nak kami 6 orang perempuan. Pilih tempat dekat tepi resort. Kami pun cuba letak tepi perasaam takut dan cuba nikmati malam tu dengan tenang :)



Bakaq jangan tak bakaq. Makan kenyang kenyang.

Balik sebelum jam 12 malam. Dan alhamdulillah takda apa-apa buruk jadi :) Dalam kereta otw balik ke chalet, masing-masing baca macam macam doa pelindung dan zikir sebanyak yang boleh. Takut takut terjadi sebarang kemungkinan. Kata orang, dalam bersuka ria, jangan seronok sangat, bukan? 
Iwan balik ke rumah dia. Kami balik ke chalet kami.

Katil queen dua biji tu kami rapatkan. Selamat malam kawan kawan :)

*****************************************************

Hari Keempat 

Keesokan pagi tu, kami check out dan menghala ke kawasan pekan Tok Bali sempadan dengan Besut Terengganu. Kat situ banyak orang jual keropok losong, keropok lekor, keropok ikan dan yang seangkatan dengannya. Kat sinilah aku beli keropok lekor dan keropok ikan untuk keluarga dan kawan-kawan. 

Untuk kejar masa, cepat cepat kami balik ke KB. Singgah jap rumah Mira untuk jumpa ma Mira dan drop barang sikit. Lepas tu, terus gerak ke KB. Ilah bagi cadangan kami makan tengah hari di Restoran Nasi Ulam Orang Kampung kat Kraftangan. Tempat ni bestttttt. Makanan banyak, sedap sedap plak tu. Lebih kurang macam Anjung Keli kat Padang Behor tapi versi lagi klasik dan oriental. 

Tempoyak ikan patin, ikan keli besar goreng, ayam goreng, sayur masak lemak, budu dan ulam-ulaman. Sudah cukup buatkan kami semua kenyang dan gembira yeahhh. Rezeki tak putus-putus datang sini. Alhamdulillah. 

Lepas tu, sek sek Kelate ni bawak aku dengan An pergi Pasar Siti Khadijah, Boleh la :)
Kemudian pergi Pantai Cahaya Bulan (PCB) pulak untuk drop Nik kat rumah dia. Sebelum tu, pergi pantai dulu. Rasa coconut shake dulu. An dok mengidam coconut shake ni dari Perlis lagi. Tiada pic untuk itu. Tapi sumpah sedap. Sapa sapa tak cuba lagi, sila la cuba. Rasa sekali pasti nak berkali kali. 

Sumber : Google. 

Selesai bercoconut shake, kami terus ke rumah Nik. Rumah dia fuhhhhhhhhhh. Aku suka sungguh. Sangat klasik kontemporari. Selangkah masuk ja dah bau harum potpourri. Aahhhh. Kat sini pun kami dilayan dengan mesra oleh umi dan adik Nik. 

Done makan petang. 

Balik ke KB, Mira bawak pergi KB Mall pulak. Nak tengok jugak tempat shopping orang KB kan. hehehe. First time masuk KB Mall. Senyum senyum sajaaaaa. Tempat macam ni kena pergi dengan famili sendiri. Baru seronok. #YouKnowWhy

Tengah jalan-jalan, tetiba ternampak some cute stuff!
Baby tee! Yang paling menarik sekali ada cop "Je T'aime" bermaksud I Love You. Ini sangat comel sangat sweet sangat geram sangat nak memberontak nak beli. Tapi tulah, baby tee pulak. Mahal lagi. Kita snap pic pun jadilaaa bawak balik Perlis noh.

Malam tu pulak kami jalan-jalan kat Wakaf Che Yeh. Dia macam pasar malam yang buka sampai tengah malam dengan orang yang sentiasa ramai. Macam macam benda orang jual. Oh, masa aku tengah taip entri ni, I am wearing the baju kelawar yang Ilah belikan sorang satu untuk aku dengan An kat Wakaf Che Yeh tu.. Ilah Ilah... Terima kasih :)

Balik rumah Mira, tidur tidur tidur. Esok perjalanan nakke rumah Sha kat Kuala Krai pulak... 


Bersambung..~~


No comments: