26 January 2013

Bonding Time #1


Assalamualaikum WBT.

Cerita kali ini aku klasifikasikan sebagai album bercerita. Banyak sangat gambar, banyak sangat cerita yang nak aku kongsi. Ini juga memori dengan kawan-kawan yang aku paling akrab di universiti. Bonding time kami. Nanti kalau kalau aku rindu, aku akan buka blog dan baca balik entri-entri pasal ni.

Kita mulakan.

Pada 13 Januari lepas aku dan kawan-kawan baik bertolak ke Negeri Serambi Mekah iaitu Negeri Kelantan. Dah berapa tahun aku tak jejak kaki ke situ. Mujurlah ada kawan-kawan yang tinggal situ, so, budak-budak tu lah yang officially ajak aku dan An dari Perlis ni pergi rumah depa semua. 
I thought kami akan pergi jalan-jalan satu Kelantan saja, but guess what, malam sebelum bertolak tu, masa kami lepak makan minum kat stesen bas...

Sha : Eh, Bahi bawak baju sejuk?
Aku : Bawak la. Sejuk kot dalam bas nanti.
Sha : Errrr Bahi tak tahu ke kita nak gi Cameron Highlands masa datang rumah oghe? 
Aku : Whatt?? Sha biaq betoi? Tipu kan tipu kan.
Sha : Betul la Bahi. An tak bagitau Bahi eh?

******************
Since aku punya paper final habis terlebih awal daripada depa, so memang aku lambat tahu la kan. 
Tepat jam 2103 bas kami bertolak ke Tanah Merah. Uishhh masa tu kan, macam tak caya ja nak pergi holiday dengan kawan-kawan naik bas. Sebelum ni memang tak pernah. Alhamdulillah :)

Hari Pertama

Sha kaki tido.

Lebih kurang jam 0330 kami sampai kat rumah Ilah dekat Kampung Paloh, Tanah Merah. Sambung tidur dan..... terbangun lewat plak keesokan hari tu. Aduhaiii malu dekat ma dan abah Ilah. Teruknya kawan-kawan anak kalian ni heiiii. Lepas bangun dan siap2 semua, terus masuk dapur tolong ma Ilah. She was humble, friendly and very the cute! Dah la nama sama macam mak aku, Zarina. Hehehe. 

Ilah : Eh lupa pulak nak kenalkan. Ma, ni An.. Ni Bahi..
An dan Bahi tersenyum senyum kat ma. 
Ma : Bakponye nama Bahi. Macam laki jah. Nama lain?
Ilah : Kitorang panggil Yaya. Nama betul dia Bahiyah. (Gelak-gelak. Padahal nak buat baksis ni baru letak nama Yaya tu) 
Ma : Ma panggil Yaya lah ekkk. Senang sikit nak sebut. Boleh Ya?
Aku : Boleh ma....

Usai masak-masak2 makan2, kami pun bersiap siap pulak nak keluar beli barang, usha tiket kereta api dan beli tiket bas. Terima kasih abah Ilah jadi transporter. Since mengikut tentatif program, the day after tomorrow kami akan pergi ke Tok Bali untuk lepak tepi pantai, so kami semua plan nak bawak sedikit bekalan makanan ke sana. Sha dipertanggungjawabkan untuk membuat somtam. Ilah dengan An buat kek. Aku paling senang, buat puding. Hihihihi. 

Ini Pekan Tanah Merah. Tak banyak beza dengan Kangar sebenarnya :)
Btw, dari kiri ialah Sha, tengah Ilah dan kanan sekali An.

Panas-panas macam ni eloklah pekena aiskrim sorang secawan. Omnomnomnom!
Petang tu jugak puas kami cari kedai nak beli serbuk facial untuk buat pupur. Aku pun terjebak sekali. Sebelum ni pupur kaedah tradisional ikut petua tok saja. Facial sangat. Girls and boys should concern about this! ;p

Then balik cepat cepat sebab nak tengok Setia Hujung Nyawa. Geng-geng ni pun dok ikut jugak cerita tu. Memang kaki tv jugak la. Aktiviti cuti sem uolss. 


Dia macam scrub sapu dekat muka untuk keluarkan sel-sel kulit mati, bersihkan kulit kusam. Malam tu sangat santai, dengan membiarkan wajah diurut oleh Ilah dan dibersihkan oleh Sha, aku dan An both of us were acted like a boss lalalalala

Hari Kedua

We woke up early in the morning. Tapi tak sempat breakfast jugak. Ilah selaku tuan rumah bawak kami pergi kerabat Bukit Panau yang terletak kira-kira 1 kilometer dari rumah dia. Wow wow woooow dah lama aku tak hiking ni. Last hiking bulan April tahun 2010 kalau tak silap. Gunung Stong near Dabong, Kelantan jugak. Dan peluang untuk panjat Bukit Panau ni memang peluang keemasan bagi aku yang sentiasa excited nak buat aktiviti lasak ni. 

Nampak tak muka excited kat situ? Nampak takkk?? 

Baru jalan 200 meter dah mula semput. Serius lama tak buat aktiviti sihat macam ni. Badan rasa berat semacam. Tapi paksa diri jugak. Tak boleh give up. 

Waktu ni An punya bateri dah almost zero. Pucat muka dia. Kami stop kejap kipas-kipas sikit. Hmmm tak kejap sangat lah sebab stop ni untuk mengalas perut dan tambah energy. Nasib baik sebelum hiking, kami sempat sediakan sandwich. 

Makan dulu dengan muka tahan penat, hidung kembang kempis membutuhkan oksigen. Haiish.
Ada satu dua stage yang jalan dia curam sangat sangat. Tinggi bukan main lagi. Kuatkan hati ja masa tu. Ayah ilah dengan Hasnan (sepupu Ilah) dah ke depan sana asyik call Ilah tanya kami dekat mana. LOL.

Dan alhamdulillah! 

Kami sampai ke puncak Bukit Panau. 
Subhanallah pemandangan dari atas bukit tu sangat sangat cantik. Tambah dengan kabus pagi lagi. Sejuk, tenang, kagum. Puas hati :) Alhamdulillah. 



Okay nak turun dah.
Pengalaman mendaki Bukit Panau kat Tanah Merah ni memang tak boleh lupa la. It values the friendship, the hardship, learn the meaning of patient and get satisfy. Alhamdulillah! 

Kami balik rumah semula. Cerita kat ma pengalaman hiking tadi. Ma tergelak-gelak ja. Dia pun tak pernah try naik atas sana. Belum habis lagi aktiviti pagi tu, kami merempit pulak ke kawasan sungai Kelantan. Dekat ja dengan rumah Ilah. 

Kan dah cakap nak rempit tadi. Hahahaha.

Dah sampai. Kawasan yang sangat lapang dan luas pemandangan. Kat belakang ada kebun jagung. Ilah semangat cerita yang abah ada kebun jagung kat situ, tak larat makan jagung and so ever :)

Setiap orang ambil port masing-masing and capture the views randomly :) That moment!

And we finished up the breakfast together. Padahal masa ni dah lapiaaqqq sangat dah. Dengar lembu lembu kat belakang dok mengem-moo kat belakang pun dah buat perut lagi terasa nak makan makan makan. 
Lepas tu balik bersihkan diri dan tolong ma masak kejap. Kami sampai rumah pun dah dekat pukul 12 tengah hari. Ma dah nak siap masak dah. And guess what, she cook nasi kerabu! Itu yang paling aku craving  bila sampai tanah Kelantan ni. Dan yes yes nasi kerabu air tangan ma sedap, tiptop, 5 star meletop tauuu. 3 pinggan aku makan. Burrpppp~ 

Dek kekenyangan yang melampau, petang tu masa dihabiskan di atas katil ja. Tidur, kumpul tenaga untuk malam nanti pulak. Malam nanti nak masak-masak. Esok tu dah nak jumpa kawan sorang lagi kat Kota Bharu dan straight ke Tok Bali. 

Tidurlah sampai pukul 6, bangun mandi mandi, tengok SHN, makan malam dan terus bertukang di dapur. 
Bermulalah...

Mulanya nak buat kek coklat, last last terbuat cupcake.

Dah serupa muffin cake dah. Biarkan saja. 

Bahan-bahan somtam Sha. Time ni dia kat depan tengah sagat betik sambil tengok bola Kelantan lawan sapa ntah, lupa. Satu famili Ilah menjerit-jerit tengok bola. Meriahhh di ruang tamu, tak kurang meriah juga kami kat dapur dok pumpang pumpang. 

Gambar puding tak sempat snap, sebab cepat sangat siap, aku sibuk tolong yang lain buat cup cake. Akhirnya pukul 1.45 am baru boleh tidur semuanya. Barang-barang dah siap dipacking. Bersedia untuk hari esok yang lebih indah :) 





Bersambung...~~

No comments: