Kita membesar bersama kenangan
Banyak ceritera suka dan duka
Kita kongsi bersama di bawah bumbung langit Ilahi
Kadang teriknya membakar diri
Kadang dinginnya menusuk ke sanubari, pegun.
Ada benar perumpamaan sekeping ayat
“Hidup ini ibarat roda”
Tatkala semasa kita berada nun di puncak bahagia
Bahagia yang bukan kepalang
Namun,
Andai syukur itu ghaib
Tidak mustahil untuk kita terjatuh ke bumi
Musnah angan dan ketawa
Bahagia itu berlalu umpama angin
Ayuh bangun wahai perempuan kerdil
Bangun dan terus bersinar di alam sementara ini
Bersinar di mata Tuhan kamu
Tuhan Yang Maha Esa
Ayuh bangun duhai sayangku…
No comments:
Post a Comment